* Nama di beri Zaharah binti Kamaruddin. * Dilahirkan pada 3 April 1989 oleh insan yang bernama mak, Asiah binti Abdullah ditemani insan yang dikenali dengan gelaran ayah, Kamaruddin bin Salleh * Tinggal di sebuah rumah di alamat NO 63A Kampung Ulu Ladang, 73400 Gemas, * Membesar bersama dua orang kakak yang sulung, Rohaiza yang kedua, Rafidah * Dibesarkan dalam suasana serba sederhana,di kawasan perkampungan yang masih menghijau dengan tanaman padi dan kebun tanaman sayur yang juga merupakan sumber rezeki utama yang di usahakan bersama-sama oleh mak dan ayah tercinta. * Mula mengenal abjad dan nombor di TABIKA KEMAS, melangkah ke alam sekolah rendah di SK Kampung Ladang selama 6 tahun. Kemudian mula mengorak langkah keluar dari kepompong kehidupan bersama keluarga dan tinggal di asrama,bersekolah di MAAHAD AHMADI NEGERI SEMBILAN. Berbekalkan keputusan peperiksaan spm, dianugerahkan satu tempat di IPG KAMPUS BAHASA MELAYU KL selama 5 1/2 tahun menimba ilmu menjadi pendidik...dan bermula 2013 sehingga kini berkhidmat di sebuah sekolah menyeberangi laut china selatan, SK KPG BANYOK SIBU. Semoga setiap perjalanan hidup ini di permudahkan olehNYA (",)
MAK & AYAH
kesayanganku...
kerana mereka permulaan ku di muka bumi ini